بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Welcome to Penyelidik Matematika | Thank you for the Visits..

CDC Berhari Raya

Macam ku kenal...

the emcee..

Tetamu kehormat beramah mesra bersama kanak-kanak


Pusat Perkembangan Kanak-kanak (CDC) petang tadi menyambut Hari Raya Aildilfitri bertempat di Hua Ho Manggis Mall. Tujuan utama sambutan yang pertama kali diadakan secara besar-besaran ini ialah bagi memberi peluang kanak-kanak istimewa ini berhari raya dengan rakan sebaya CDC di samping dapat mengukuhkan tali silaturahim di kalangan kakitangan, para ibu bapa / penjaga dan anak-anak mereka.

CDC adalah satu pusat kemudahan yang menyediakan pertolongan dan bantuan bagi kanak-kanak berkeperluan khas.
Majlis yang berlangsung di Hua Ho Manggis Mall ini diserikan lagi dengan pelbagai persembahan dari BLIA Sendirian Berhad dan penyanyi-penyanyi tempatan.

Pada akhir majlis, kanak-kanak yang hadir menerima sumbangan berupa 'duit raya' yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis, yang berhormat Pehin Orang kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi serta tetamu-tetamu khas lain, manakala KFC pula menghadiahkan makanan ringan.


Juga hadir Timbalan Menteri kesihatan, Yang dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Haji Awang hazair serta pegawai-pegawai kanan dari kementerian itu.

d' special ones..

0 comments: